Selamat Bersara Cikgu Chong Che Chung

Seorang guru graduan dalam pengkhususan Fizik, mula berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1987 dan bersara pada 1 Disember 2017.


Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah pernah berkhidmat di SMK Marudi, Baram (1987), SMK Asajaya, Samarahan (1991), SMK Matang Hilir, Kuching (1996) ,  SMK Riam, Miri (2002) dan menjadi Penolong Kanan Tingkatan Enam pada tahun 2008.


Selama 15 tahun berkhidmat di SMK Riam, beliau mengajar mata pelajaran Fizik Tingkatan 4, 5 dan 6. Beliau telah berjaya  membawa Kelab Catur sekolah, majalah sekolah dan pencapaian akademik STPM sekolah ke satu tahap yang amat dibanggakan. Kejayaan-kejayaan ini telah dijadikan satu kenangan yang paling manis kepada beliau. 


“ Dalam usaha mengejar impian dan cita-cita, janganlah kerana sedikit kritikan orang semangat sendiri terus dilemahkan. Apabila suatu pemasalahan data22ng menduga, menghabiskan 100% tenaga semata-mata untuk mengatasi masalah adalah kurang bijak, sebaliknya menghabiskan 30% sudah memadai, selebihnya 70% tenaga harus dijanakan untuk menerokai kaedah dan strategi baharu. Minda yang tajam merupakan satu kelebihan pada diri kita. Memikir apa yang orang lain belum sempat fikir akan meletakkan kita selangkah di hadapan orang lain. ”    ------- Chong Che Chung.

Comments