Rimup Gawai Raya SMKRIAM 2017 Meriah

Oleh Angela Tijan Jeffery Wan [5 Utarid 2017]
Editor admin

Sekolah Menengah Kebangsaan Riam telah mengadakan majlis rimup Gawai Raya pada 8 Julai 2017, iaitu pada hari sabtu yang lepas.

Majlis ini bermula seawal 8:00 pagi dengan kehadiran para pelajar, guru-guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa yang memakai baju berwarna-warni, memeriahkn lagi suasana pada hari trsebut.

Objektif majlis ini diadakan ialah untuk merapatkn hubungan sillaturahim sesama warga sekolah. Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkn di dalam Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) yang diadakan di sekolah dengan bertujuan untuk memupuk perpaduan kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan pelajar.

Selain para ibu bapa, pelajar, dan kakitangan sekolah, sambutan majlis Rimup Gawai Raya ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Encik Ripin bin Lamat. Beliau memberi ucapan dan nasihat kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh.

Pelbagai juadah istimewa pada rimup gawai raya telah disediakn dan dihidang oleh pihak sekolah dalam meraikan hadirin yang hadir. Juadah yg disediakn seperti rendang ayam, ayam masak merah, gulai daging, dan nasi lemak. Malah, para pelajar dari setiap kelas juga menyediakan dan membawa pelbagai juadah untuk dimakan bersama-sama. Tidak ketinggalan kuih-kuih raya dan kuih- kuih tradiosional turut disediakn sendiri oleh para pelajar dan pihak sekolah.

Majlis rimup gawai raya ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa, para pelajar dan komuniti setempat. Mereka turut hadir untuk merayakan dan memeriahkn Rimup Gawai Raya ini.

Kesimpulanya, sambutan majlis rimup gawai raya ini sungguh meriah dan mendapat sambutan yg hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan para pelajar telah menunjukkan komitmen dan kerjasama untuk menjayakn majlis ini ini. Diharapkn sambutan majlis seperti ini lagi dapat diadakan dengan lebih meriah lagi agar warga sekolah dan ibu bapa dapat mempunyai hubungan yang harmonies.

Comments