PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA PELAJAR PERALIHAN,TINGKATAN 1, 2 DAN 4 2017






1.0              PENGENALAN

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar merupakan program tahunan SMK Riam, Miri. Program ini akan melibatkan tingkatan iaitu daripada Peralihan, T1, T2, dan T4. Majlis ini merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah dan persediaan untuk peperiksaan untuk PT3, SPM dan STPM  dari segi peningkatan kualiti dan kuantiti. Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama ibu bapa agar wujud semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan kejayaan pelajar.  Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berjuang demi kejayaan yang cemerlang. 

Pihak sekolah dengan kerjasama exco PIBG berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar yang sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.  Hasilnya nanti diharap mampu meningkatkan keputusan peperiksaan dari segi kualiti dan kuantiti. 

2.0              RASIONAL

2.1              Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2.2              Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai keputusan yang baik jika dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibu bapa.

3.0              OBJEKTIF

3.1          Perbincangan di antara ibu bapa dan guru berkenaan prestasi pelajar.
3.2          Pelajar bersama ibu bapa menetapkan target untuk semua subjek bagi peperiksaan yang akan datang, dengan persetujuan guru.
3.3      Guru dan ibu bapa berbincang berkenaan tingkahlaku anak di sekolah dan sama-sama memberi bimbingan demi kecemerlangan pelajar.
3.4           Majlis ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai kepada ibu bapa.
3.5           Majlis ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibu bapa dan guru.
3.6      Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

4.0              SASARAN
 Melibatkan ibu bapa/ pelajar peralihan ,tingkatan 1 ,2 dan 4.

5.0              TARIKH DAN MASA
             31 JULAI 2017 (2:30 petang hingga 4:30 petang)

6.0              LOKASI PELAKSANAA
        Kelas masing-masing.

8.0       ATUR CARA

2:30 petang     -Perbincangan ibu bapa / pelajar bersama guru tingkatan  di kelas masing-    
                        masing.

4:30 petang     -Bersurai

9.0     Tindakan ke atas ketidakhadiran
            Adakan sesi perjumpaan pada tempoh/tarikh : 01/08/2017 - 04/08/2017

PENUTUP


            Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat menggunakan peluang yang ada ini untuk berinteraksi dengan pihak sekolah mengenai program-program yang telah disusun atur untuk kemajuan anak masing-masing. Hasilnya diharap dapat membuahkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam semua peperiksaan peringkat sekolah khususnya peperiksaan PT3, SPM dan STPM bagi tahun 2017.

Comments